Friday, November 9, 2007

STS Puteri Mahsuri



10 November 2007, Johor Bahru - Saudara Hakim (YDP KPIJUIAM juga Exco GPTD) dan Saudara Mujahid (APPIM PKPIM) akan mewakili ABIM dalam program pelyaran STS Puteri Mahsuri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program itu akan berlangsung selama 12 hari bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 22 November 2007.


Program itu akan bermula di Johor Bahru untuk menjalani latihan kecergasan selama 4 hari. Selepas itu peserta kan bergerak ke Jabatan Tentera Laut Malaysia di Lumut. Peserta akan menaiki kapal STS Puteri Mahsuri menyusuri Selat Melaka dan Laut Andaman lebih kurang 7 hari dan seterusnya ke Langkawi dan akan berakhir di Lumut.

Sepanjang perjalanan peserta akan diajar segala teknik berkaitan dengan kapal dan cara mengendalikan kapal layar. Program ini juga bertujuan membina jati diri dan kekuatan dalam diri untuk para belia kita.

Wednesday, October 24, 2007

Sambutan Aidilfitri

21 Oktober 2007, Gombak - KPIJUIAM telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Lebih kurang 15 orang turut hadir dalam jamuan tersebut. Jamuan tersebut bukan hanya meraikan aidilfitri semata-mata bahkan meraikan abang-abang dan akak-akak yang akan mengakhiri pengajiannya di UIA ini. Di samping itu juga meraikan sahabat yang kebetulan hari lahirnya jatuh padan bulan Syawal seperti Saudara Hakim, Saudara Khairullah dan Saudari Balqis.

Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita dan menjadi tempat untuk bermafaan jika terdapat kesalahan atau kekasaran sepanjang perkenalan ini. Semua dijamu dengan kuih raya yang pelbagai.

Monday, October 22, 2007

Semusim Bersama, Seumur Hidup Dirasa…

Tanpa sedar, KPIJ UIAM kini sudah lebih setahun meng’aktif’ kan diri setelah beberapa tahun menyepi. Biarpun masih muda namun sudah mampu untuk. bergerak seiringan dgn PKPIM dan sahabat2 anak negeri yang lain.

Tidak dapat dilupakan detik2 awal pembentukan semula saf kepimpinan KPIJ UIAM yg serba sederhana namun mampu untuk membangunkan semula KPIJ di UIAM. Pertemuan pertama dengan sahabat2 yang kurang dikenali bukanlah satu penghalang untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Malahan ia mencetuskan satu semangat bekerjasama yang tinggi demi untuk melihat KPIJ UIAM kembali aktif di bumi UIAM. Misinya hanya satu, “amal ma’aruf,nahi munkar” dan mempersiapkan da’ie2 yang mampu untuk menyumbang kpd agama & masyarakat. Antara agenda yang lain adalah untuk memper’ukhuwwah’ anak2 kelahiran Johor (dari negeri lain juga ada) semoga suatu hari nanti sama2 dapat berbakti pada daerah kelahiran masing2.

Perkongsian ilmu dan tarbiyyah sangat dititiberatkan kerana itulah asas kpd pembentukan da’ie2 yang berkualiti. Dengan itu pelbagai aktiviti telah disusun dan dijalankan agar misi2 tersebut terlaksana. Antara program2 dan aktiviti yang telah dijalankan adalah usrah, Hari Keluarga, Tamrin, Induksi, Bengkel Strategik, Liqa’ Hewi dan yang terbaru, KPIJ UIAM sempat mengadakan Jamuan Hari Raya untuk ahli2nya. Tak lupa juga, demi menjaga kebajikan ahli-ahlinya, KPIJ UIAM tidak pernah lupa untuk mejalankan aktiviti ziarah ke bilik2, ucapan2 sempena hari kelahiran malahan melawat ke rumah sahabat2 yang ditimpa musibah.

Semua pahit manis perjalanan inilah yang menyatu-padukan ahli2 KPIJ UIAM, dimana ukhuwwah yang disulam bukan hanya pada program2 tetapi lebih kepada perkongsian cita-cita dan impian Islam. Kerana itu juga ahli KPIJ UIAM yang hanya beberapa orang pada awalnya kini mencecah hingga 30 orang biarpun tidak ramai yang komited namun mereka pasti tampil apabila diminta untuk membantu. Malahan di Pusat Asasi UIAM (dulunya matrikulasi UIAM) peng’kader’an ahli tidak pernah berhenti dan KPIJ UIAM sentiasa bersedia menanti kehadiran ahli2 dari Pusat Asasi UIAM.

Biarpun bukan kuantiti yang menjamin kualiti, namun penambahan ahli ini menunjukkan KPIJ UIAM kini semakin dapat diterima di UIAM. Semoga suatu hari nanti KIPIJ UIAM dapat dilihat sebagai medan untuk menjana da’ie2 yang mampu untuk menyampaikam risalah Islam dimana sahaja mereka berada.

Wallahu’alam.

~Semusim Bersama, Seumur Hidup Dirasa~
Siti Nur Dalila Bt Melatu Samsi
Biro Informasi & Perhubungan
KPIJ UIAM 2007/2008

Monday, September 24, 2007

Pengumuman!!!

IFTAR BERSAMA ABIM
26 SEPT 2007
5.00PM
AUDITORIUM ENGINE
Bersama Tokoh yang dihormati
'Ustaz Razali Nawawi'


DIJEMPUT KHAS AHLI PKPIM UIAM SERTA SEMUA ANAK NEGERI TERMASUK KPIJ UIAM UNTUK SAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS INI

Usrah & Iftar

Pada 24 Sept 2007 di IRK LR11, KPIJ UIAM meneruskan wadah dakwah bagi memantapkan makanan rohani ahli KPIJ dengan mengadakan usrah serta iftar.Seramai 15 orang yang hadir dalam usrah kali ini. Tajuk yang dibincangkan adalah mengenai puasa dan kelebihannya sempena ramadhan karim. Ahli-ahli memberikan respon yang baik dengan berkongsi pengalaman dan pertanyaan. Selain menimba ilmu usrah dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli memandangkan pada bulan ini hanya sekali sahaja diadakan usrah kerana kesibukan belajar. Semoga usrah kali ini mendapatkan keberkatan dari Ilahi. Selepas memberi makanan pada hati kami berbuka puasaa bersama-sama di dulang. Selepas bersolat jamaah di masjid.

Setiausaha Agong

Tuesday, August 21, 2007

Usrah & Iftar

13 Ogos 2007 yang lalu, sekali lagi KPIJ UIAM telah mengadakan usran dan iftar. Dihadiri oleh lebih kurang 15 orang ahli termasuk pimpinan KPIJ UIAM. Usrah pada kali ini menbincangkan tentang "Rahsia Iblis & Syaitan" yang disampaikan oleh saudara Faiz selaku ketua biro Dakwah & Tarbiyyah KPIJ UIAM. Usrah berkisar tentang rahsia-rahsia @ kisah kehidupan iblis dan syaitan serta sifat-sifat yang ada pada keduanya. Seterusnya perbincangan dibuka mengenai tajuk tersebut. Agenda usrah diakhiri dengan pemberitahuan mengenai program-program dan aktiviti terbaru KPIJ, juga untuk program-program yang akan datang. Majlis diakhiri dengan iftar.Wallahu'alam.

Biro Informasi & Perhubungan
KPIJ UIAM

Saturday, August 4, 2007

INDUKSI Sesi 07/08

20 Julai 2007, Jumaat-Gombak- KPIJUIAM telah mengadakan induksi pimpinan Sesi 07/08 bertempat di Komleks Sukan Wanita. Ia telah dihadiri lebih kurang 13 orang pimpinan. Tujuan Induksi adalah untuk merancang gerak kerja serta membuat takwim sepanjang Sesi 07/08.


Terdapat perubahan yang dilakukan pada induksi tersebut. Agenda dimulakan dengan pengenalan setiap exco. Selepas itu dibahagikan mengikut biro untuk merancang program setiap biro. Lebih kurang induksi selesai selepas Asar dan diteruskan dengan riadah.