Saturday, December 29, 2007

Berita Cergas-Cerdas KPIJ UIAM

Gombak, 11 Dis- sekumpulan pelajar dari Kesatuan Pelajar Islam Johor, Universiti Islam Antarabangsa (KPIJ-UIA) telah berjogging mengelilingi UIA buat pertama kalinya.

Program yang dinamakan Cergas-Cerdas KPIJ-UIAM itu telah disertai oleh enam orang ahli KPIJ lelaki dan empat orang ahli perempuan iaitu Hakim, Khairullah, Azlan, Fahmi
(IRK), Fahmi (BENL), Zafri, Adibah, Sara, Anis dan Faridah.

Mereka telah berkumpul di Kompleks Sukan Wanita seawal jam 7:30 pagi dan Progam tersebut bermula pada jam 8:20 pagi dimulai dengan senaman ringan pemanasan badan (warm up).

Tepat jam 8:30 pagi, kesemua ahli KPIJ yang hadir memulakan jogging mengelilingi UIA, Taman Ilmu dan Budi.

Walaupun ada beberapa ahli perempuan KPIJ yang keletihan, mereka berjaya juga sampai ke destinasi akhir iaitu di depan Sekolah Menengah Teknik berhampiran UIA.

Program jogging tersebut diakhiri dengan senaman ringan (warm down) dan sesudah itu, kesemua ahli KPIJ telah bersarapan di gerai berdekatan.

Sesudah bersarapan bersama, para ahli KPIJ kembali ke Mahalah dan rumah bagi meneruskan aktiviti peribadi masing-masing.

Program jogging yang telah dianjurkan oleh Biro Latihan dan Rekreasi KPIJ-UIAM itu adalah bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara ahli selain memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan melalui senaman dan program Cergas-Cerdas KPIJ berjaya mencapai objektifnya.

FARIDAH

Sunday, December 23, 2007

Semester Baru 07/08

Gathering 1
Semester 2 Sessi 07/08

Pada hari rabu 5/12/07 ahli KPIJ telah berkumpul semula sempena semester baru sesi 07/08 di HS TR 14. Pada kali ini terdapat ahli KPIJ yang baru masuk ke kampus utama gombak dari matrikulasi di petaling jaya. Tidak ketinggalan ahli lama turut setia hadir bagi memeriahkan majlis.
Kami mulakan dengan sesi taaruf bagi mengenal ahli yang baru dan mengeratkan ukhuwah lagi. Disusuli dengan sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh biro dakwah bagi makanan rohani ahli. Kemudian YDP telah memberi sedikit kata aluan serta amanat bagi anak buahnya. Terus kami membincangkan taqwim bagi semester ini dan memcapai kata sepakat bagi taqwim ini.
Majlis diakhiri pada pukul 7.00ptg dengan jayanya.
S/U KPIJ