Sunday, May 27, 2007

Pengumuman
Jemputan ke
Konvensyen & Muktamar Sanawi
Kesatuan Pelajar Islam Johor
Tarikh: 2 & 3 Jun 2006
Tempat: Marsah & Mustika Embun
Johor Bahru
Tentatif dan maklumat:
1. Konvensyen Pelajar Islam Johor
Tarikh : 2 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi - 05.00 ptg.
Tempat : Dewan Kuliah Utama, MARSAH ( @ Mahad Johor)
Bayaran : RM 5.00 Sahaja.
Tema : Sukarelawan.
Pengangkutan : dari larkin, naik Bas ke Tun Aminah (tanya dulu lalu tepi pantai ke tak) turun di depan masjid Abu Bakar. Jalan kaki 100 M ke Mahad @ Marsah.
2. Muktamar KPIJ (Pusat) ke-40
Tarikh : 3 Jun 2007 (Ahad)
Masa : 08.00 pagi - 2.00 ptg.
Tempat : Dewan Sekolah SRI J. Bahru ( @ Mustika Embun)
Bayaran : RM 5.00 Sahaja.
*Penginapan disediakan. Sila Maklumkan pada rakan-rakan lain. Untuk maklumat lanjut hubungi 017 6822013 (Hafiz Dasar) 07 2216355 (Pejabat).
Dijemput kepada semua ahli KPIJ UIAM dan mana-mana kampus untuk bersama-sama kita menjayakan Muktamar pada kali ini.
Salam Konvensyen & Muktamar!!!

Wednesday, May 23, 2007

Family Day


Pada 20 Mei 2007 yang lepas PKPIM telah mengadakan satu aktiviti "HARI KELUARGA" yang menggabungkan semua anak negeri di uiam serta tidak lupa pada pusat matrikulasi uiam di PJ dijemput sekali. KPIJ telah menghantar beberapa peserta untuk menjayakan aktiviti itu. Tentatif aktiviti itu adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli PKPIM UIAM serta menambahkan kaderisasi. Aktiviti itu bermula dengan sarapan ringan dan senaman permulaan serta pertandingan sukan. Bagi lelaki bermain futsal, badmintan, bola keranjang manakala perempuan bermain baling selipar dan bola jaring. Seramai 33 orang ahli yang hadir dalam aktiviti tersebut. Aktiviti itu berakhir dengan makan tengahhari bersama dalam talam dan sesi bergambar.

Disediakan oleh,

Adibah Ali

Thursday, May 3, 2007

Usrah Pertama Semester Pendek 06/07

Pada 5 Mei KPIJ UIAM telah mengadakan usrah yang menjadi aktiviti berkala setiap minggu. Usrah kali ini bertuah kerana didatangi oleh Saudara Muhd Firdaus Khairi, Timbalan Presiden PKPIM. Usrah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah kemudiannya disusuli dengan perbincangan ayat Al-Quran dan Isu semasa. Kita membincangkan Surah Fussilat ayat 33-36 yang memberi penerangan mengenai Al-Quran sebagai penawar. Dalam ayat 33-36, mengupas 3 golongan iaitu orang yang mengeluarkan kata-kata yang baik untuk menyeru ke jalan Allah, orang yang beramal soleh dan yang berserah diri padaNya iaitu ikhlas. Di samping itu, kita hendaklah membalas suatu kejahatan dengan kebaikan supaya kejahatan itu kemudiannya menjadi satu kebaikan kepada kita. Dan masalah kejahatan yang dimaksudkan di sini ialah masalah peribadi sahaja menurut Tafsir Said Qutub.Dan semua sifat-sifat ini hanya akan dikurniakan oleh Allah kepada orang yang sabar dan mendapat keuntungan yang besar. Selain itu, jika kita dihasut syaitan hendaklah memohon perlindungan daripada Allah. Manakala isu semasa pula, kita membincangkan mengenai krisis minyak dan saham internet. Perbincangan menjadi hangat apabila membincangkan mengenai saham internet. Akhirnya usrah diakhiri dengan tasbih kifarah dan sedikit jamuan ringan dan solat jamaah di masjid.
Disediakan oleh,
ADIBAH ALI
(Setiausaha KPIJ UIAM)

Pembentukan Fikrah & Bengkel Strategik


Laporan Program
Kesatuan Pelajar Islam Johor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Program ini diadakan di Madrasah Ar Rahmaniah di Gombak pada 21, 22 dan 23 April 2007 yang dianjurkan oleh KPIJ UIAM. Seramai 18 orang peserta yang mengikuti program tersebut. Objektif program in diadakan adalah untuk:

-Memberi kefahaman yang jelas kepada ahli-ahli baru mengenai penubuhan KPIJ
-Membentuk fikrah yang selari dikalangan ahli–ahli KPIJ
-Memupuk semangat mereka supaya memberi sumbangan terhadap masyarakat dan agama selain menuntut ilmu
-Mengeratkan ukhwah siraturahim diantara KPIJ Pusat dan KPIJ UIAM

Alhamdulillah program ini mendapat sokongan daripada KPIJ Pusat dan dari pihak Madrasah sendiri. Program ini juga mencapai matlamat yang telah dirancang dan mendapat program susulan daripada madrasah.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


Disediakan oleh,

ADIBAH ALI

(Setiausaha KPIJ UIAM)