Thursday, May 3, 2007

Usrah Pertama Semester Pendek 06/07

Pada 5 Mei KPIJ UIAM telah mengadakan usrah yang menjadi aktiviti berkala setiap minggu. Usrah kali ini bertuah kerana didatangi oleh Saudara Muhd Firdaus Khairi, Timbalan Presiden PKPIM. Usrah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah kemudiannya disusuli dengan perbincangan ayat Al-Quran dan Isu semasa. Kita membincangkan Surah Fussilat ayat 33-36 yang memberi penerangan mengenai Al-Quran sebagai penawar. Dalam ayat 33-36, mengupas 3 golongan iaitu orang yang mengeluarkan kata-kata yang baik untuk menyeru ke jalan Allah, orang yang beramal soleh dan yang berserah diri padaNya iaitu ikhlas. Di samping itu, kita hendaklah membalas suatu kejahatan dengan kebaikan supaya kejahatan itu kemudiannya menjadi satu kebaikan kepada kita. Dan masalah kejahatan yang dimaksudkan di sini ialah masalah peribadi sahaja menurut Tafsir Said Qutub.Dan semua sifat-sifat ini hanya akan dikurniakan oleh Allah kepada orang yang sabar dan mendapat keuntungan yang besar. Selain itu, jika kita dihasut syaitan hendaklah memohon perlindungan daripada Allah. Manakala isu semasa pula, kita membincangkan mengenai krisis minyak dan saham internet. Perbincangan menjadi hangat apabila membincangkan mengenai saham internet. Akhirnya usrah diakhiri dengan tasbih kifarah dan sedikit jamuan ringan dan solat jamaah di masjid.
Disediakan oleh,
ADIBAH ALI
(Setiausaha KPIJ UIAM)

No comments: