Thursday, January 31, 2008

USRAH KE-4

Pada 30 Jan 2008 bersamaan hari khamis kami telah meneruskan perbincangan ilmu yang bertempat di Hs Tr 14 pada pukul 6.00ptg. Pada minggu ini kami membincangkan ayat al-maidah 8-9 yang berkisarkan arahan menegakkan kadilan.

Seperti biasa Khairullah adalah naqib pada kali ini memulakan dengan bacaan ayat pilihan yang dibaca oleh fahmi dan perngetiannya oleh zafri. Setelah meneliti kedua ayat tersebut dapatlah kita ungkapkan bahawa keadilan mestilah ditegakkan walau macamana sekalipun. Kebiasaanya kita memandang keadilan dari aspek undang-undang sahaja. Akan tetapi sebenarnya keadilan adalah subjektif. Kita boleh melihat sifat adil dari pelbagai sudut. Misalnya pekara yang paling asas ialah diri sendiri. Kita mestilah besifat adil pada diri kita. Sekarang kita bergelar mahasiswa jadi matlamat dan janji kita adalah belajar. Jadi jika kita tidak memnuhi hasrat dan matlamat sebenar kita, maka kita tidak belaku adil pada diri kita. Contoh lain, Allah kurniakan tangan untuk makan, menulis dan lain-lain, tetapi kita menggunakan tangan kita sebagai mencuri, memukul dan lain-lain. Oleh itu, kita mesti mengubah mentaliti kita supaya sifat adil itu dipandang dari semua sudut bukan kita menyempitkan fikiran kita hanya tertumpu pada syariah sahaja.

Selepas itu, kami membincangkan isu semasa iaitu Lingam dan politiknya, ia berkisar tentang isu ketua hakim dan beberapa kisah yang lalu dibangkitkan semula. Adakah isu hanya satu alat untuk memperhebatkan lagi pilihan raya kita pada tahun ini??? Atau ada agenda disebaliknya. Siapa yang menjadi kambing hitam dan putih???
Kemudiannya, kami meneruskan dengan sesi aktiviti kpij sepanjang sem ini. Setelah memberi tugasan kepada sahabat yang menguruskan aktiviti tesebut kami mengakhiri usrah pada kali ini dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Wassalam
Oleh: S/U KPIJUIAM

No comments: