Monday, January 21, 2008

Usrah ke3

Pada 16 Jan 2008 bertempat di Hs Tr 14 pada pukul 5.30 petang, Kesatuan Pelajar Islam Johor telah mengadakan usrah kali ke3 bagi memupuk budaya membugar ilmu. Pada kali ini Kpij membicarakan Surah An-Nur berkenaan dengan adab memasuki rumah orang. Usrah kali ini telah dihadiri oleh 2orang lelaki dan 6orang lelaki. Telah disebutkan dalam surah tersebut cara-cara untuk memasuki rumah orang. Jika kita memberi salam dan tiada jawapan maka hendaklah kita pulang dan apabila orang di dalam rumah menjawab tetapi mereka tidak bersedia untuk menerima kita sebagai tetamu maka hendaklah kita balik juga. Adab ini telah diajarkan kepada kita dengan tujuan kita hendaklah menghormati alam rumah tangga orang lain, kerana di rumahlah tempat segala rahsia rumah tangga. Jikalau kita meredah masuk ke rumah orang tanpa persetujuan mereka. Inilah keunikan Islam kerana agama ini merangkumi seluruh aspek kehidupan diajarkan kepada kita adab-adab dari memasuki bilik air sehingga adab hendak tidur. Bagi isu semasa, Kpij membincangkan mengenai kupasan buku confession of economic hit man iaitu salah laku kaki pukul ekonomi yang pandai dan professional dalam memutarbelitkan ekonomi dan keuntungan dengan membuli negara miskin dan wang akan mengalir semula ke dalam saku mereka. Moga usrah kali ini diberkati Allah. Sehingga berjumpa lagi.

S/U KPIJ

No comments: